Bone M Rawatan Tulang



Bone M Bio Science

Produk Teknologi Abad ke 21 dari
Longrich BioScience (M) Berhad



Tahukah Anda Dengan Teknologi di Abad ke 21 Ini, Anda Mampu Merawat Permasalahan Tulang Di Rumah,TANPA Pembedahan, TANPA Suntikan Cecair Dan Anda Mampu Menikmati Kehidupan Ceria Tanpa Kesakitan Tulang?  

Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan 1 daripada 4 orang akan menghidap arthritis menjelang 2030. Pada ketika ini seramai 46 juta orang menderita aethritis dan menjelang 2030 seramai 67 juta orang akan menghidap penyakit ini. 


Merujuk Yayasan Arthritis Amerika Syarikat tahun 2007: 
2 daripada 3 orang yang didiagnos dengan penyakit ini berada dibawah usia 65 tahun.
Dalam tahun 2003 seramai 9,500 orang di Amerika Syarikat meninggal kerana aethritis.
Individu yang mengalami rheumatoid arthritis meninggal dunia 10 tahun lebih awal berbanding yang tidak menghidap prnyakit ini.
Hampir 19 juta orang di Amerika Syarikat harus berhenti bekerja dalam tempoh 10 tahun setelah didiagnos memiliki penyakit ini.
Sebuah kajian mendapati seramai 294,000 orang kanak-kanak menghidap penyakit aethritis di usia remaja.
Amerika Syarikat membelanjakan USD128,000,000,000 untuk merawat penyakit ini. 

   

Apakah Arthritis?

Arthritis berasal dari perkataan Yunani 'Arthon' yang bermaksud 'sambungan' dan perkataan 'Itis' iaitu 'keradangan'. Jamak bagi Arthritis adalah arthritides. Arthritis memberi kesan kepada maskuloskeletal, khususnya sendi. Ia adalah punca ketidakupayaan di kalangan rakyat di negara-negara perindustrian. 

Arthritis bukan satu penyakit tunggal tetapi ia merangkumi lebih dari 100 permasalahan perubatan. Osteoarthritis adalah bentuk arthritis yang paling biasa dan secara amnya memberi kesan kepada pesakit tua.

Apakah Penyebab Arthritis?
Secara asasnya, sendi adalah di mana tempat satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang kedua-dua tulang tersebut. Ia adalah seperti jalur elastik, yang mengekalkan tulang pada otot, merehatkan atau meregangkan otot untuk menggerakkan sendi.

Rawan meliputi permukaan tulang untuk mencegah kedua-dua tulang dari bergeseran antara satu sama lain. Litupan rawan ini membolehkan sendi bekerja dengan lancar dan tidak menyakitkan.

Terdapat satu kapsul yang melitupi sendi. Ruang dalam sendi ini - rongga sendi - mengandungi cecair synovial. Cecair ini menyuburkan sendi dan rawan. Cecair synovial ini dihasilkan oleh membran synovial yang selari dengan rongga sendi.

Sekiranya anda mengalami aethritis, pastinya terdapat masalah pada sendi anda. ia bergantung kepada jenis aethritis yang anda hidapi. Ia berkemungkinan rawan telah semakin 'haus', kekurangan cecair, autoimuniti (sistem tubuh melawan dirinya sendiri), jangkitan atau kombinasi beberapa faktor.

Jenis-jenis Aethritis
Terdapat lebih dari 100 jenis aethritis dan sebahagian yang biasa dihidapi oleh kebanyakan orang adalah:

Osteoarthritis
Rawan semakin kurang keanjalannya. Sekiranya rawan menjadi sangat tegang, ia mudah rosak.Rawan yang bertindak sebagai penyerap hentakan ini akan semakin 'haus'. Apabila rawan semakin rosak, tendon juga akan rosak dan ligamen menjadi sangat tegang dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat. Akhirnya tulang akan bergeseran dan mengakibatkan kesakitan.

Gejalanya: 
Semakin sakit untuk bangun dari duduk atau baring. Kesakitan dan kelembutan dapat dirasai pada sendi-sendi, kehilangan fleksibiliti pada sendi, sendi boleh membengkak atau terdapat ketulan pada sekeliling sendi. Sendi yang paling mudah terjejas adalah pada pinggul, tangan, lutut dan tulang bbelakang.

Rheumatoid Arthritis
Ianya adalah sejenis keradangan arthritis. membran synovial (Synovium) diserang mengakibatkan keradangan dan kesakitan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kecacatan. Rheumatoid Arthritis lebih banyak dihidapi oleh wanita berbanding lelaki dan kebiasaannya di dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun. Kanak-kanak dan warga tua juga tidak terkecuali dari menghidap penyakit ini. Pesakit rheumatoid arthritis mempunyai risiko darah beku dalam masa 10 tahun pertama selepas didiagnosis.

Gejalanya:
Sendi yang sama sering membengkak, radang, kaku dan sangat menyakitkan. Jari, lengan, kaki dan pergelangan tangan adalah paling mudah terjejas. Sendi lembut apabila disentuh. Tangan mungkin merah dan membengkak. Lebam pada tisu di bawah kulit. Sentiasa berasa letih. Sendi menjadi lebih kecil. Masalah dan kesakitan beberapa sendi pada masa yang sama. Ia merebak daripada sendi-sendi yang kecil seperti tangan, pergelangan tangan, buku lali, kaki, siku, lutut, pinggul, leher, bahu dan rahang.

Arthritis Berjangkit
Ia merupakan jangkitan kepada cecair synovial dan tisu sendi. Ia disebabkan oleh bakteria, tetapi boleh juga disebabkan oleh kulat atau virus. bakteria, kulat atau virus boleh merebak melalui salur darah dari tisu yang dijangkiti, dan merebak kepada sendi. Kebanyakkan pesakit adalah mereka yang telah mempunyai beberapa bentuk arthritis dan menjangkit melalui salur darah.

Gejalanya:
Pesakit mengalami demam, keradangan sendi dan bengkak. Pesakit akan merasai kesakitan mencucuk-cucuk. Bahagian yang kerap dijangkiti adalah lutut, bahu, siku, pergelangan tangan dan jari. kebanyakkannya berlaku pada satu-satu bahagian saja.

Bagaimana Mengatasi Kesakitan dari Arthritis Ini?

  • Pernahkah anda menemui mereka yang sembuh dari kesakitan arthritis, masalah tulang dan kecederaan tulang akibat kemalangan?
  • Pernahkah anda berhenti memakan ubat-ubatan dan hanya makan makanan khas untuk arthritis?
  • Pernahkan anda sebagai pesakit arthritis meminta doktor untuk tidak menjalankan pembedahan kerana anda berasa sangat selesa dan tidak langsung mengalami kesakitan?
  • Pernahkah anda mendengar mereka yang berusia lanjut dan tidak boleh berjalan berpuluh-puluh tahun tetapi boleh kembali berjalan tanpa sebarang pembedahan?
  • Pernahkah anda mendengar mereka yang mengalami kemalangan teruk tetapi proses penyembuhannya sangat cepat?
Produk Longrich Bone M terhasil dari teknologi Jerman, yang memberikan kebaikan Kolagen terhidrolisis, Ekstrak kulit manggis, anti radang Probiotic, Inulin, Stevia dan sebagainya.

Kebaikan Bone M adalah:
> Menguatkan tulang dan mengelakkan osteoperosis
> Merawat otot dan sendi dengan pantas
> Meningkatkan sistem imunisasi
> Mengelakkan proses penuaan dan kulit
> Merawat kulit dan menegangkan payudara

Bone M merupakan produk berkualiti teknologi bio Jerman, di patenkan di Amerika Syarikat dan diluluskan oleh USFDA. Bone-M disahkan halal oleh Islamic Centre Aachen, Germany.


Testimoni Bone-M


Nenek berusia 88 tahun kembali boleh berjalan

Testimoni Bone M oleh Julia Ziegler

Apakah Kolagen dan Kolagen Terhidrolisis?

Kolagen adalah protein atau rantaian asid amino, berkeadaan serat yang berkait-kait dan menyokong sel serta tisu tubuh kita. Ia adalah protein yang paling banyak di dalam tubuh (lebih dari 25% protein tubuh). Ia banyak terdapat dalam kulit, sendi, ligamen, tulang, salur darah dan kornea mata. Fobroblast adalah sel yang menghasilkan kolagen.

Kolagen terhidrolisis terhasil dari proses hidrolisis kolagen, proses semulajadi yang memecahkan ikatan antara kolagen individu. Proses ini mengecilkan saiz molekulnya dari 300,00 Dalton (Da) kepada saiz yang lebih kecil 2,000 ke 5,000 Da. Glycine dan proline membentuk 50% dari jumlah keseluruhan asid amino di dalam kkolagen terhidrolisis. Ini menghasilkan kolagen yang mempunyai 20 kali ganda lebih Glysine dan Proline. Sifat inilah yang menjadi tugasan utama bagi kolagen terhidrolisis merangsang penghasilan kolagen.  

Kandungan Utama Bone M

Tisu yang bersambung kolagen
1. Kolagen Terhidrolisis - Ia mudah diserap dan merupakan kandungan utama Bone-M. Kolagen terhidrolisis terkumpul di dalam sendi dan mampu merangsang metabolisma chondrocyte. 1 sachet 20g Bone-M mengandungi 50% kolagen terhidrolisis.

2. Pati Manggis - Ia mengandungi alpha-manggostin, beta mangostin, garcinone B dan garcinone E, yang kesemuanya digelar xanthones. Xanthones mempunyai sifat anti radang. Ia membantu mengekalkan sistem imun, meningkatkan kelenturan sendi, melegakan kesakitan pinggang dan meningkatkan keadaan kulit.

Probiotik - bakteria baik
3 . Probiotik Anti Radang - Ia meningkatkan IL-10 untuk mengelakkan rheumatoid arthritis.

4. Inulin - Merujuk kepada American Journal of Clinical Nutrition 2005; 82:471-476, kajian menunjukkan Inulin (Prebiotic) meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan penyerapan mineral tulang dan mengelakkan kesakitan pinggang.


Sumber askorbik asid
5. Kalsium Laktate - Biasanya ditemui di dalam susu, yogurt dan keju, ia biasa digunakan dalam perubatan untuk merawat kekurangan kalsium dan mudah diserap pada pH yang berbeza. Tanpa lactosa dan casein dalam susu, Bone-M selamat untuk diambil bagi mereka yang kekurangan laktosa. Kajian telah membuktikan pengambilan Bone-M dapat meningkatkan ketumpatan mineral dalam tulang.


6. Asid Askorbik - Vitamin C (askorbik asid) bertanggungjawab membina kolagen dalam tulang, sendi, otot dan salur darah.

7. Serbuk Mangga - Tinggi kandungan fitokimia, mangga sangat tinggi kandungan carotenoids, vitamin C.

8. Isomaltulose - Sangat perlu untuk prestasi mental dan fizikal. Molekul glukos dan isomatulose menghasilkan ikatan yang kuat dalam indeks glycemic yang rendah. Sangat selamat untuk diabetik dan tidak menghasilkan kereputan gigi. Isomatulose membolehkan penyerapan yang lambat glukos, menstabilkan paras glukos dan menstabilkan paras insulin.  

Daun stevia
9. Stevia - Daun stevia yang manis digunakan secara tradisi untuk pemanis. Ia sangat sesuai kepada para pesakit diabetis.








Siapa Memerlukan Bone-M?
Pesakit yang menderita sakit sendi, keradangan dan sakit tulang
Pesakit tulang akibat kecederaan dan kemalangan
Orang Tua
Berat badan berlebihan
Pemakai kasut tumit tinggi dengan jangkamasa yang lama
Mereka yang inginkan kulit yang cantik
Para atlit yang bergiat cergas
Para wanita yang ingin menegangkan payudara

Harga Bone M RM275 sekotak
PV50



Hadiah Istimewa Untuk Anda Yang Mendaftar Secara Online
Sessi Sauna Super Tourmaline House bernilai RM150 PERCUMA.
Hubungi Zull 0129802627 untuk sessi PERCUMA Anda!